Hadis 36 (4 Mei 2009)

Kuliah Online MSM, 4 Mei 2009

Kuliah Online
Majlis Syura Muslimun UK & Eire


4th May 2009

Hadis 36

(dari himpunan hadis 40 imam nawawi)

Bersama Akh Mahfuzh


Monday at 9.00pm UK & EIRE time

Speaker: Akh Mahfuzh

Language: Malay

Format:

Talk: 40mins

Q&A: 20mins


Who can listen/join the discussion?

Anyone from anywhere in the world.

Please observe good ethics and advice from moderators.


How to Listen:

Live Broadcast via:

Paltalk

Download Paltak at www.paltalk.com

Invitations will be sent out 15 mins before.

To join, pls send a request (including your PALTALK ID) to:

Moderator: msmkuliyyah

or

Klick “ALL ROOMS” → SearchKuliah Online MSM” → Join

Fiqh Sirah (2 Mac 2009)

Hadis 35 (23 Febuari 2009)

Hadis 34 (9 Febuari 2009)

Hadis 32 (26 Januari 2009)

rakaman kuliah Hadis 32, isnin 26 Januari 2009 (klik sini)

Hadith 32

Akh Mahfuz

26/01/2009

Daripada Abu Sa’id Sa’ad bin Malik bin Sinanal-Khudri r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,

“Tidak ada kemudahratan dan tidak boleh memberi kemudharatan.”

(Hadith Hasan riwayat Ibnu Majah)

Pengajaran hadith:

· Kemudharatan di sini tidak merujuk kepada hukuman hudud dan qisas. Dua jenis hukuman ini tidak dikira sebagai kemudharatan kerana menjadi hukum dan hak Allah.

· Islam tidak mentaklifkan sesuatu yg memudharatkan:

“Jika bermanfaat, maka tidak dilarang oleh agama..”

· Menghilangkan kesulitan dalam berhukum – rukhsah dalam ibadah harian: tayammum menggantikan wudu’ dan mandi wajib, harus berbuka kalau bermusafir, pantang larang ketika berihram, memberi tangguh kepada penghutang – nazar dengan perkara yang memudharatkan tidak harus dibuat.

Huraian lanjut:

Hadith ini penting di kalangan ulama’ Feqah. Dalam mazhab Syafie, ade 4 kaedah utama:

1) Keyakinan tidak dihilangkan dengan syak – Contoh: Apabila kita rasa terkentut, tapi dgn keyakinan yang kita telah berwudhu’ sebelumnya, maka perlu hapuskan ragu-ragu yang kita terkentut. Jadi teruskan solat macam biasa dengan keyakinan bahawa kita masih berwudhu’.

2) Kesulitan mendatangkan kemudahan – “…dan Dia tidak menjadikan kamu menanggung keberatan dan susah payah dalam beragama…” Jadi jika kita dalam kesusahan utk melakukan sesuatu ibadah, Allah mendatangkan kemudahan dalam bentuk rukhsah seperti tayammum, solat duduk, bernbuka puasa kitika musafir dan seumpamanya.

3) Kemudharatan mesti dihilangkan – boleh dibahagikan kepada sub-kaedah seperti berikut:

a. Kemudharatan mesti dihalang seboleh mungkin i.e. mengelak lebih baik daripada mengubat – Contoh: Jika seseorang terkenal dengan melacur, jadi boleh memenjarakannya daripada menyebabkan lebih ramai terjebak dalam maksiat yg sama.

b. Kemudharatan mesti dihilangkan – Contoh: Jika seseorang bina tempat buang sampah di tengah jalan, maka tempat itu mesti dihapuskan bagi mengelakkan sebarang kemalangan atau ketidakselesaan umum.

c. Mudharat tidak boleh dihilangkan dengan yang semupamanya, jadi tidak boleh hilangkan sesuatu mudharat dgn melakukan sesuatu yang lebih mudharat atau setara dengnnya – Contoh: Tidak boleh mencegah orang yang menjual arak dengan membakar kedainya kerana kesannya adalah lebih teruk seperti akan dipenjarakan dan secara tidak langsung menyusahkan orang lain juga.

d. Mudharat yang lebih besar dihilangkan dengan mudharat yang lebih ringan – Contoh: Jika keperluan kepada masyarakat miskin tidak tertunai dengan zakat yang dikutip, maka pemerintah boleh mengambil harta orang kaya (dalam bentuk cukai) untuk bantu menampung keperluan orang miskin.

e. Hendaklah menanggung mudharat khas/khusus untuk menolak mudharat umum, jadi jika terpaksa mengalami dua keadaan yang memudharatkan, maka kena utamakan untuk hapuskan mudharat umum berbanding yang khas – Contoh: Semasa zaman Sayyidina Umar r.a., aliran air terpaksa dilalukan pada tanah seorang rakyat, walaupun dia tidak menyenanginya, ia perlu diteruskan demi kemaslahatan umum.

f. Apabila bertembung maslahah dan keburukan, wajib tolak keburukan daripada mengambil maslahah

g. Apabila bertembung yang melarang dan yang mengharuskan, maka diutamakan yang melarang – seorang rakan kongsi dalam suatu perniagaan

h. Mudharat tidak boleh dikekalkan i.e. semua perkara yg mempunyai mudharat mesti dihapuskan – Contoh: Jika kita ada sebuah rumah di tengah padang, tiba-tiba ada orang lain bina rumah di sebelah, dan kita dapat lihat apa yg berlaku dalam rumah itu. Walaupun kita terlebih dahulu tinggal di situ, tapi kita yang sedar adalah lebih utama utk menutup/ menjaga apa yg patut, bagi memelihara hal ahli rumah itu seperti aurat dan seumpamanya.

Contoh: Dadah dan rokok menjadi haram berdasarkan kaedah hukum ini.

4) Adat diambil kira dalam menentukan hukum – Contoh: Memiliki dan menaiki kereta adalah harus. Walaupun ketika zaman nabi tiada kereta, tapi kalau ikut adat, ia adalah sesuatu perkara baik yg memudahkan, maka hukum menggunakan kereta adalah harus.

Wallahua’lam.

Fiqh Musafir (19 Januari 2009)

Salam Maal Hijrah


Fiqh Sirah

Ust. Erfino


قُلۡنَا ٱهۡبِطُواْ مِنۡہَا جَمِيعً۬ا ‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّكُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَن تَبِعَ هُدَاىَ فَلَا خَوۡفٌ عَلَيۡہِم وَلَاهُمۡ يَحۡزَنُونَ (٣٨) وَٱلَّذِينَ كَفَرُواْ وَكَذَّبُواْ بِـَٔايَـٰتِنَآ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ أَصۡحَـٰبُ ٱلنَّارِ‌ۖ هُمۡ فِيہَا خَـٰلِدُونَ (٣٩)

(Al-Baqarah: 38-39)


Dunia adalah medan untuk berusaha, dan alatnya adalah HIDAYAH (hudan)

Dengan petunjuk i.e. hidayah, manusia terbahagi kepada 2:

  • Mereka yang menjadikan diri mudah untuk mengikut suruhan Allah
  • Mereka yang menjadikan diri bercanggah dengan suruhan Allah i.e. yg kufur (kafar: menolak awal-awal keesaan Allah dan kebenaran Islam) dan mendustakan (yukazzibu: tidak menolak bahkan membenarkan ayat-ayat Allah, tetapi mendustakan, menutup dengan sengaja kebenaran ayat-ayat Allah). Jadi dalam siasah dan muamalah, dibahagikan kafir kepada 2:

· Menolak dan menentang Islam secara total kerana tidak percaya

· Menolak Islam bukan kerana tidak percaya, tetapi kerana tidak dibuka pintu hati untuk menerima hidayah Allah

Adam a.s. diturunkan ke muka bumi beserta dengan wujudnya kepelbagaian (ikhtilaf) pendapat, halatuju, perlakuan dll.

Antara makanan yang akan diberikan kepada ahli syurga dan menjadi impian mereka ialah buah-buahan yg pelbagai variasi jenis dan warna (mukhtalifun alwanuhu). Mengapa Allah menjadikan buah-buahan yang pelbagai jenis ini sebagai gambaran nikmat kepada ahli syurga, yang sering diulang-ulang di dalam kitab-Nya, sedangkan kita sudah biasa dengan makanan jenis ini ketika di dunia lagi? Jawapannya:

  • Supaya kita faham bahawa setiap individu sukakan kepelbagaian pilihan bagi memudahkan dia memilih sesuai dengan kesukaannya. Contoh: Dalam sesuatu majlis ala buffet dengan pelbagai jenis lauk, seseorang hanya perlu memilih apa yang disukainya dan meninggalkan mana-mana yang tidak berkenan.
  • Jadi, sebagaimana juga buah-buahan dgn pelbagai warna dan rasa, tugas manusia adalah untuk menerima kerencaman kepelbagaian pilihan supaya dapat dilihat cara terbaik untuk menyelesaikan sesuatu perkara atau masalah.

Contoh terbaik dapat dilihat pada zaman sahabat di mana mereka saling menerima perselisihan dan kepelbagaian pendapat di kalangan mereka tentang riwayat hidup Rasulullah s.a.w dan apa yang disampaikan baginda semasa hidupnya:

‘Aisyah r.a sangat menjaga keaslian apa yg dibawa/disampaikan oleh Rasulullah s.a.w. dengan memastikan riwayat daripada sahabat lain selaras dgn gaya bahasa, mood dan feel (uslub) al-Quran. Jadi jika ada hadith yang diriwayatkan oleh para sahabat lain yg kelihatan tidak ‘segaya’ dgn al-Quran, maka akan diselidiki dan ditanya sehingga betul-betul dipastikan keasliannya. Tujuannya supaya umat Muhammad kelak mendapat kisah sebenar yang asli tentang riwayat hidup baginda dan apa-apa yang baginda telah sampaikan semasa hayat baginda, sebagai pengajaran dalam melalui hidup sebagai individu muslim. Berikut adalah 2 kisah bagaimana ‘Aisyah berlainan pendapat dengan sahabat lain yang meriwayatkan hadith yang dirasakannya berlainan ‘gaya’ dengan al-Quran:

· Bagaimana orang yang sudah meninggal dunia diazab oleh Allah?

‘Aisyah mndengar satu hadith yang diriwayatkan oleh ramai sahabat berbunyi, “Sesungguhnya mayat itu akan diazab dengan tangisan sanak saudaranya yang masih hidup…” ‘Aisyah menyatakan keraguannya kerana hadith ini seperti bertentangan dgn ayat 164 surah al-An’am, wala taziru waziratun wizra ukhra (seseorang itu tidak akan dibebankan dengan dosa orang lain).  Aisyah mempersoalkan adakah kerana tangisan orang yg masih hidup, si mati pula yang menerima azabnya? Dan adakah berdosa untuk menangisi kematian seseorang? Lalu diterangkan dengan baik oleh sahabat yang meriwayatkan hadith ini bahawa dalam ilmu hadith, ada ruang untuk melihat maksud sesuatu hadith itu secara berlainan, bukan secara terus. Jadi hadith ini ditafsirkan sebagai peringatan kepasa sanak keluarga si mati supaya tidak terlalu meratapi kematiannya sehingga mempersoalkan taqdir Allah.

· Nabi boleh berkata-kata dan mendengar suara orang mati?

Selepas perang Badar, nabi seolah-olah berkata-kata kepada tentera yang telah gugur di Qalib al-Badr, “Adakah kamu wahai orang yg telah gugur di medan Badar, telah melihat janji Allah dan bukti kebenaran Islam? Seseungghnya aku telah dikurniakan apa yg dijanjikan Allah kepadaku (janji Allah kepada nabi ini adalah janji bantuan dan  kemenangan tentera Islam dalam perang Badar). Melihatkan ini, ada sahabat yang tertanya-tanya, “Adakah org yg telahpun berderai/ kering tubuh mereka dalam tanah, adakah boleh mereka berkata-kata?” ‘Aisyah juga mempersoalkan riwayat ini kerana kelihatan bertentangan dengan ayat 22 surah Fathir. Lalu diberikan bukti oleh sahabat yang meriwayatkan hadith ini bahwa satu ketika nabi dan para sahabat melintasi kawasan perkuburan, dan nabi telah mengiring sedikit dan mendengar percakapan daripada dua buah kubur kepunyaan dua org yg telah meninggal dunia. Setelah mendengar percakapan mereka, baginda bersabda, “Mereka sedang diazab oleh Allah. Mereka diazab bukan kerana dosa besar, tapi kerana mereka tidak teliti semasa beristinja’ selepas buang air kecil dan qada’ hajat..” Hadith ini membuktikan bahawa Rasulullah s.a.w telah diberikan beberapa kali pengecualian daripada apa yang disebutkan dalam surah Fathir itu. Hal ini ditafsirkan sebagai cara Allah menunjukkan bukti kewujudan kehidupan selepas mati sebagaimana yang telah dijanjikan-Nya.

Daripada contoh ini dapat dilihat bagaimana para sahabat nabi meraikan kepelbagaian dalam pendapat sesama mereka; contoh antara ‘Aisyah yang ingin menyelidik hadith riwayat sahabat lain, yang tidak pula dikutuk oleh sahabat yg diselidiki itu, bahkan dirai dan diterangkan sehingga jelas agar persefahaman dicapai. Jadi ikhtilaf adalah sesuatu yg patut diraikan dalam menjalankan khususnya amalan-amalan penyembahan yg mana akal manusia tidak mampu memikirkannya.

Jadi kita hendaklah menerima bahawa kepelbagaian pandangan wujud sejak dari dulu lagi. Kepelbagaian menjadikan cantiknya Islam, sebagaimana cantiknya variasi warna pada buah-buahan. Apa yang dimahu dan diimpikan adalah initipati Islam yang syumul sepertimana diingini isi buah yang manis lagi ranum. Walau bagaimanapun, kemanisan ini hanya akan dapat dicapai setelah kepelbagaian pemikiran dan pandangan manusia dapat diterima seperti juga penerimaan hakikat pada aneka warna dan bentuk buah-buahan.

15 Disember 2008

Fiqh Sirah (15 Disember 2008)

***ringkasan kuliah menyusul kemudian***

[rakaman kuliah online, klik utk dengar]

« Older entries